About

I have been in the Mortgage Industry for the last 12 years. I started my first job with Standard Chartered Bank in 1997 as a mortgage officer. Since then, I have moved to several banks and investment companies which includes, Hong Leong Bank, HSBC, Prudential Unit Trust and my last posting is with Hwang DBS Unit Trust as Regional Manager. I started my Mortgage Consultancy company 4 years ago.
Hi Mr Michael Yeoh,
Nama saya Rohana, saya dari Johor Bahru, saya telah membaca pengalaman tuan menolong seseorang yang mepunyai masalah pinjaman perumahan yang telah ditolak oleh pihak bank. Saya juga mempunyai masaalah yang sama dimana 6 buah bank telah menolak permohonan pinjaman perumahan saya. Saya dan suami akui memang mempunyai rekod bayaran yang kurang memuaskan tetapi itu adalah kerana kami mempunyai masaalah kewangan. Tetapi sekarang kehidupan kami jauh lebih baik dan kewangan yang lebih stabil. Untuk pengetahuan Mr Michael, saya dan suami telah pun menandatangani S&P dan membayar deposit sebanyak RM4K. Saya dan suami dalam keadaan bingung dan tidak tahu apa yg harus kami lakukan. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat menolong kami kerana kami seakan hilang arah tujuan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kami amat mengharapkan rumah itu kerana rumah yang kami duduki sekarang sering di landa banjir. Saya boleh di hubungi melalui no 016.7904298. Saya amat berterima kasih sekiranya pihak tuan dapat menghubungi saya secepat mungkin. Pertolongan tuan amat amat kami harapkan.
Puan Rohana,
Maaf kerana lambat menjawab. Puan sebab infomasi yang tidak lengkap saya hanya boleh memberi nasihat yang ringkas. Adakah Puan Rohana telah cetakkan CCRISS repot dari Bank Negara ? Kalau dalam repot menujukkan 2 atau 3 memang susah untuk buat pinjaman. Jika begitu Puan Rohana hanya boleh mengunakan nama adik beradik untuk buat pinjaman. Puan Rohana adakah rumah itu projek perumahan baru atau second hand . Jika baru, puan boleh tuntut balik deposit sebab pinjaman tidak lulus. Saya harap dapat menolong puan dengan nasihat yang bagi.